Wednesday, 20 November 2013

RAKUS KEJAR KEBENDAAN PUNCA INSTITUSI KEKELUARGAAN PINCANG


SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan hubungan dibina kekal sepanjang hayat. Tidak pernah tergambar akan melalui detik sukar membawa kepada perceraian yang akan memberi kesan terhadap beberapa pihak terutama anak-anak.
Punca perceraian perlu diambil kira untuk melihat apakah bentuk masalah yang boleh menyebabkan perceraian. Ada pelbagai punca perceraian antaranya faktor kekurangan kewangan, tiada persefahaman, kegagalan memahami serta melaksanakan tanggungjawab.
Sama ada kegagalan memahami tanggungjawab berpunca daripada kekhilafan mahupun kurangnya pendedahan diberikan hingga kadangkala pihak berkenaan tidak mengetahui akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Satu lagi punca perceraian berkemungkinan kesan daripada pasca-modenisme yang tanpa disedari merubah serba sedikit budaya serta amalan masyarakat masa kini seiring kemajuan dicapai dan sekali gus memberi kesan terhadap perkara lain.
Pasca-modenisme bukanlah sesuatu yang baru, namun fahaman manusia berpegang kepada modernisme ini menyebabkan mereka yakin manusia yang berkuasa dan menentukan segala aspek kehidupan.
Pengaruh hebat ini juga berkesan ke atas pemikiran dan keyakinan umat Islam melalui pelbagai saluran seperti sistem pendidikan, ekonomi, budaya, sosial dan politik.
Oleh demikian, pemahaman terhadap konsep keluarga dan tanggungjawab penting. Keluarga hari ini pada asasnya terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak. Berbeza masyarakat tradisional, keluarga lebih besar kerana termasuk saudara mara sebelah suami dan isteri yang tinggal bersama.
Ini sebenarnya memberi kesan kepada kepemimpinan keluarga kerana jika berdasarkan keluarga tradisional, keluarga akan dipimpin oleh datuk yang berpengalaman berbanding keluarga asas dipimpin bapa masih muda serta kurang pengalaman.
Perubahan demi perubahan menjadikan tumpuan manusia tertumpu kepada kebendaan. Kehidupan bukan lagi setakat selesa malah lebih daripada itu. Maka, berlakulah perceraian berpunca daripada kegagalan suami memberikan nafkah mengikut kehendak isteri untuk berbelanja. Pada masa sama, tanggungjawab yang sepatutnya mula diabaikan sedikit demi sedikit.
Suami adalah peneraju utama keluarga dan sebagai pembimbing kepada isteri serta anak bersesuaian kelebihan dianugerahkan Allah terhadap kaum lelaki. Suami juga bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri serta anak.
Firman Allah yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah melebihkan kaum lelaki dengan beberapa keistimewaan daripada kaum perempuan dan kerana kaum lelaki membelanjakan sebahagian dari hartanya.” (Surah An-nisa’, ayat 34)
Dalam pada itu, tanggungjawab utama isteri adalah mentaati dan patuh kepada suruhan suami bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sekiranya aku diperintahkan untuk menyuruh seseorang menyembah seorang yang lain, nescaya aku akan menyuruh seorang perempuan menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)
Ini bukanlah menafikan hak atau memandang rendah peranan wanita kerana wanita mempunyai peranan tersendiri. Wanita pengurus utama keluarga dari sudut kewangan, makan minum, pakaian, pengurus kediaman serta dalam didikan terhadap anak.
Permasalahan mungkin timbul apabila suami mulai mengabaikan tanggungjawabnya. Lebih-lebih lagi jika isteri mempunyai kerjaya dan kebanyakannya mengharapkan wang hasil pendapatan isteri untuk menampung keperluan keluarga.
Akan tetapi, realitinya, suami masih lagi bertanggungjawab secara penuh dan isteri boleh membantu sekadar yang perlu, bukan menanggung sepenuhnya atau sebahagian besar keperluan.
Tuntutan kerja sekarang ada kala menyebabkan isteri tidak lagi menguruskan rumah tangga sebaliknya tugas menyediakan makanan serta keperluan keluarga dilakukan pembantu rumah. Ini belum lagi waktu kerja yang menyukarkan isteri membahagikan antara kerjaya dan rumah tangga.
Ini belum lagi kes isteri yang berjawatan lebih tinggi daripada suami yang turut mencetus kepada perbalahan. Segelintir wanita juga gagal memahami bahawa konsep ketaatan bukanlah satu budaya yang sengaja diwujudkan pada zaman dulu tetapi digariskan oleh syarak.
Kegagalan memahami tanggungjawab menyebabkan lelaki mengambil kesempatan terhadap isteri yang bekerja sementara isteri yang menyumbang kepada ekonomi keluarga pula merasakan dirinya tidak boleh dikawal oleh suami.
Kemodenan tidak bermaksud perlu mengubah semua perkara sehingga mengenepikan hukum syarak.
Pemahaman ini perlu diterapkan kepada masyarakat supaya dapat memahami apa yang dimaksudkan kemodenan sebenar mengikut Islam.
Kebahagiaan rumah tangga juga bukan melihat kepada setinggi mana ilmu seseorang dari sudut akademik mahupun ilmu agama, atau sebanyak mana masa dan wang diperuntukkan untuk keluarga.
Keluarga akan bahagian apabila semua ahlinya memenuhi tanggungjawab masing-masing serta saling menghormati selain bekerjasama menguruskan keluarga berdasarkan syariat Islam tanpa mengetepikan keperluan mengikuti perkembangan semasa.

Raihan - Bersatu

Ciri Hati yang Bersih dan Jaminan di Syurga



Hati yang bersih adalah hati yang selamat dari syirik, khianat, dendam, dengki, kikir, sombong, cinta dunia, dan kekuasaan, jika hati telah selamat dari semua itu, berarti ia selamat dari segala penyakit yang dapat menjauhkan hamba dari Allah, selamat dari segala perkara syubhat yang bertentangan dengan penjelasan- Nya, selamat dari syahwat yang menyalahi perintah-Nya, selamat dari setiap keinginan yang berlawanan dengan kehendak-Nya, dan juga selamat dari segala sesuatu yang dapat memutuskan hubungannya dengan-Nya. Hati bersih yang seperti ini berada dalam surga, baik di dunia, alam barzakh, maupun di akhirat

Kebersihan hati tidak akan sempurna secara mutlak, kecuali jika telah terbebas dari lima perkara: pertama, dari syirik yang merusak tauhid. Kedua, bid'ah yang menyimpang dari sunnah Nabi Saw. Ketiga, syahwat yang menyalahi perintah Allah. Keempat, lalai yang merusak dzikir. Kelima, hawa nafsu yang merusak kemurnian dan keikhlasan. Kelima perkara ini adalah hijab yang menjadi penghalang dari Allah. Masing-masing memiliki bentuk bermacam-macam yang terkandung dalam pribadi setiap orang. 

Oleh karena itu, seorang hamba sangat perlu untuk memohon kepada Allah agar ditunjukkan kepada jalan yang benar. Tidak ada yang lebih diperlukan dan lebih berguna bagi seorang hamba kecuali permohonan itu. Sesungguhnya jalan yang benar itu mencakup ilmu pengetahuan, kehendak, dan amal perbuatan secara lahiriah maupun batiniah yang berlaku pada setiap hamba di setiap waktu. 

Ada yang mengetahui jalan yang benar dengan rinci dan ada pula yang tidak. Namun, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Yang mengetahuinya pun terkadang mampu dan terkadang tidak mampu melaksanakannya. Begitulah jalan yang benar. 

Jika seseorang mampu melaksanakannya, terkadang kehendak itu muncul dari nafsunya dan adakalanya tidak dikehendaki karena malas, meremehkan, atau bisa juga karena masih tetap melakukan hal yang dapat mencegahnya, dan lain sebagainya. Apa yang dikehendakinya itu adakalanya dikerjakan dan adakalanya tidak. 

Apa yang telah dikerjakan bisa jadi dilakukan dengan ikhlas dan bisa jadi tidak. Apa yang dilakukan dengan ikhlas terkadang dilakukan sesuai dengan sunnah dan terkadang tidak. Apa yang dilakukan sesuai dengan sunnah bisa jadi tetap terus konsisten dan adakalanya hati berpaling darinya. Ini semua berlaku pada seluruh manusia, baik sedikit maupun banyak.

Secara alamiah, hamba tidak memiliki petunjuk menuju itu semua. Bahkan, jika ia menyerahkan itu kepada tabiat alamiahnya, ia akan terhalang darinya. Inilah yang ditimpakan oleh Allah kepada orang-orang munafik akibat dosa-dosa mereka, lalu mereka dikembalikan kepada tabiat, kebodohan, dan kezhaliman yang ada pada diri mereka, sementara Allah Swt. tetap pada jalan yang benar dalam menetapkan takdir, perintah, dan larangan-Nya. 

Allah memberikan hidayah kepada orang yang dikehendaki- Nya menuju jalan yang lurus dengan keutamaan dan kasih sayang- Nya. Dia memberikan hidayah kepada yang pantas menerimanya diin Dia memalingkan siapa saja yang dikehendaki-Nya dari jalan lurus dengan keadilan-Nya. Hikmahnya adalah karena memang ia tak pantas mendapatkannya, dan hal itu menetapkan adanya jalan yang lurus, sementara Dia berada di atasnya. Dia bentangkan jalan lurus dan mengantarkan hamba kepada jalan itu sebagai hujjah dan keadilan-Nya. Diamemberikan petunjuk kepada siapa saja yang dikehendaki agar sampai kepada-Nya sebagai nikmat dan keutamaan dari-Nya. 

Allah tidak akan keluar dari jalan yang lurus (benar). Pada lari kiamat, Dia bentangkan jalan lurus agar para hamba bisa ampai ke surga-Nya. Dia memalingkan dari jalan lurus itu siapa aja yang berpaling dari-Nya di dunia, dan Dia menegakkan orang 'ang tegak dalam ketaatan kepada-Nya di dunia. Dia memberi :ahaya bagi orang-orang yang beriman kepada-Nya, kepada itusan-Nya serta ajaran yang dibawanya. Ajaran itu menjadi :ahaya yang nyata dalam hati mereka selama di dunia. Dia juga nemberikan cahaya bagi mereka sebagai penerang kegelapan di lari kebangkitan. Dia senantiasa menjaga cahaya mereka hingga nereka melewati jalan itu sebagaimana Dia menjaga iman mereka lingga mereka bertemu dengan-Nya. 

Sebaliknya, Allah Swt. memadamkan cahaya orang- orang munafik yang paling mereka butuhkan, sebagaimana Dia memadamkannya dari hati mereka selama masih di dunia. Dia menjadikan perbuatan para ahli maksiat duri-duri yang nenyambar mereka sebagaimana mereka tersambar di dunia sehingga tidak bisa istiqamah di jalan yang lurus sesuai dengan tingkat perjalanan dan kesegeraan mereka dalam menempuh jalan yang lurus ketika di dunia. 

Allah membentangkan telaga bagi orang-orang yang beriman untuk minum sebagai balasan bagi mereka yang menjalankan syariat-Nya ketika masih di dunia. Dia mengharamkan meminum air telaga itu atas mereka yang enggan meminum atau menjalankan iyariat maupun agama-Nya ketika masih di dunia. 

Coba bayangkanlah, seolah-olah akhirat di depan mata! Renungkanlah hikmah Allah di dunia dan akhirat, tentu engkau iapatkan ilmu yakin yang tidak ada keraguan di dalamnya! Dengan demikian, engkau tentu mengetahui bahwa dunia adalah ladang bagi akhirat dan juga miniaturnya. 

Kebahagiaan dan celakanya manusia tergantung pada iman ian amal shalihnya ketika di dunia. Hanya kepada Allah kita memohon pertolongan. Hukuman terbesar akibat dosa adalah keluar dari jalan yang lurus (benar), baik di dunia maupun di akhirat.

Monday, 18 November 2013

Kembara hati menuju ILLAHI..mari muhasabah diri




Rasulullah s.a.w bersabda: didalam diri manusia ada seketul daging, yang mana jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya jika jahat daging itu maka jahat pula lah orang tersebut. Daging itu adalah hati.




dimana tahap hati kita???

Hati yang sedar
Firman Allah yang bermaksud: "sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai (hati yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” Surah qaf 50:37

Hati yang bersih
Firman Allah yang bermaksud: “sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya- yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).” Surah asy-syams 91:9

Hati yang lurus
Firman Allah yang bermaksud:” mereka berdoa dan berkata: wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat disisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya.” Surah Ali imran 3:8


Alhamdulillah..jika hati kita masih ditahap yang seperti di atas... tp pohonlah agar hati kita terpelihara dari hati yang dibawah..

Hati yang tertutup
Firman Allah yang bermaksud: “dan diantara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-quran), padahl kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang mnjadikan mereka pekak).” Surah al-An’am 6:25

na'uzubillah!!!
*Tanda hati mati*


Tanda hati mula mati, atau sakit ada 4:


1) Apabila membuat dosa tidak merasa bersalah



2) Banyak bercakap



3) Banyak makan (ubatnya puasa)



4) Banyak tidur

rase2 hati kita masih ada peluang utk diselamatkan x??? insyaAllah..andai ada kesedaran..masih x terlambat..


Imam Al-ghazali: carilah hati mu dalam 3 tempat:

Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Alquran. Jika kau tidak temui carilah hatimu ketikamengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”



ya Allah..tetapkanlah hatiku,keluargaku,sahabat2 ku..serta semua kaum muslimin dan muslimat di dalam agama MU...



Ya Allah aku ingin menjadi pemburu kasihMU, maghfirah dan keredhaanMu, walau ku tahu, aku sering menghabiskan umurku kearah murkaMu, tapi..izinkan aku menjauhi NERAKA-MU…kerana ku tidak sanggup ke situ…bantulah aku mendidik hatiku…

Wednesday, 13 November 2013

APA ITU NAFSU



“Orang yang kuat bukan kerana mampu mengalahkan lawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menundukan nafsunya di saat ia sedang marah”.
Demikian sabda Rasulullah saw, bukan lantaran mampu menghentam tengkuk lawannya seseorang disebut “manusia kuat, manusia perkasa”, tetapi siapa pun dari lapisan manapun yang mampu menaklukan nafsunya, mampu menjinakkan gelora cita-citanya, itulah manusia kuat, perkasa.


Itulah cara yang terbaik. Tidak usah mematikan nafsu tetapi pandai-pandailah menaklukkan untuk kemudian menyalurkan pada kedudukan benar tidak berlanggar dengan norma-norma Tuhan mahupun norma-norma yang manusiawi.
Menaklukkan nafsu ertinya tidak menelempiaskan semahu-mahunya, tanpa peduli atau bertindak dengan dalih “hak asasi”. Seseorang harus benar-benar memahami watak nafsunya yang selalu menuntut dan menuntut tanpa mengenal erti puas dan seseorang harus mampu mengenal keterbatasan dirinya sendiri, namun inilah ujian yang paling sukar, sebab manusia ternyata lebih pandai membaca diri orang lain daripada harus membaca dirinya sendiri.
Menyalurkan ertinya tidak usah mematikan nafsunya tetapi merialisasikan tuntutannya sepanjang ia membawa petaka baik bagi peribadinya mahupun sekelilingnya. Disalurkan sesuai dengan norma-norma Tuhan, semisalnya tuntutan nafsu seksual yang patut disalurkan melalui pernikahan yang sah. Demikian halnya sifat ingin kaya salurkan dengan kerja keras tekun tetapi jujur tidak menipulasi atau rasuah dan cara-cara lain yang melanggar hukum Tuhan.
Menelampiaskan nafsu dengan cara-cara yang bertentangan dengan norma-norma Tuhan sudah pasti akan melahirkan kesan psikologis yang tidak baik. Entah sekalipun seseorang yang mengambil jalan haram boleh menjadi kaya, hidup dalam gelumang harta kekayaan, kemewahan dan kemegahan, namun siapa pun tidak mungkin mampu meredakan pertentangan batinnya, siapa pun tak mungkin mampu membaca jeritan hati nuraninya.




Manusia cuma pandai membohongi orang lain tetapi jangan harap mampu membohongi hati nuraninya sendiri. Bukankah suatu siksaan berat bagi seseorang yang bertindak melawan kata batinnya. Bagaimana ia mampu memperoleh ketenteraman jiwa.
Itulah sebabnya “KEJUJURAN” adalah pintu kebahagiaan, pintu ketenteraman yang sejati.
Bersikap jujur, wajar. Dan itu harus diawali dengan menundukkan nafsunya sendiri. Namun perang melawan nafsu itulah satu perperangan yang teramat dasyat pada hidup seseorang sebenarnya.

Sunday, 10 November 2013

UBATILAH HATI KAMI


Kadang-kadang bila sudah semakin jauh perjalanan kehidupan, kita menjadi semakin bingung. Tidak nampak apa yang hendak dikejar didalam hidup ini sebenarnya. Belajar,mendapat segulung ijazah,bekerja, dapat gaji, beli kereta besar, rumah besar, berkahwin, dapat anak..dan bla..bla…
Semakin kita meniti kehidupan, kita semakin bingung, tidak menemui apa yang kita cari, semakin kita memburu nilai kehidupan, kita dihadapkan dengan rasa kecewa, buntu, gundah gulana. Semakin banyak duit, semakin kita alpa dan lalai kerana nak menjaga harta. Untuk apa itu semua?? Apakah itu menjamin kepuasan kepada kita sementara hidup didunia. Semua itu hanya tuntutan nafsu, keinginan yang berlebihan itu timbul kerana jiwa kita sakit, syaitan pula semakin meracuni pemikiran kita…
Hati kita sakit, jiwa kita perlu dirawat..Rawatan yang tidak disediakan dihospital kerajaan mahupun swasta. Jiwa yang sakit perlu dirawat,dibasuh dengan memohon pertolongan pencipta jiwa kita, iaitu Allah swt…Ya Allah Yang Maha membolak balikkan hati,tetapkanlah hati kami didalam agamaMu dan di atas ketaatan kepadaMu…Sekali lagi, balik ke pangkal jalan, sekali lagi..mohonlah pertolongan dan kemaafan kepada Allah…Sehingga kita bertemu denganNya..

TERIMALAH HADIAH DARI TUHAN



Ketika kita dihulurkan cinta oleh Allah swt berupa cinta kasih sayang berbentuk ujian, samada sakit, kekurangan harta, susah dan lain-lain, kita mula merasa resah, hati kita cepat gelisah, cepat melatah dengan emosi kita yang tak menentu, ditambah dengan syaitan yang cuba merasuk dan mempengaruhi jiwa kita.
Tanpa sedar, kita mula mengeluh, merungut, menyesal dan lain-lain. Sebenarnya apa yang kita zahirkan? Kita sedang menolak cinta dari Sang kekasih, kita sedang menepis hadiah yang Allah hulurkan kepada kita.
Kita mungkin terlupa. Padahal kita pernah diuji dengan kepayahan suatu ketika dahulu, kita merayu dan mengadu, akhirnya Allah melepaskan kita dari kesusahan tersebut. Maka yakinilah bahawa kali ini juga begitu, keresahan itu tidak lama, bukankah matahari akan bersinar terang selepas malam pergi, bukankah pelangi akan datang selepas hujan panas.
Ketika gusar mencengkam ke jiwa,kita mula mencari manusia, kita berbicara mendesak hati agar segera mencari manusia untuk mendengar resah dijiwa kita, kita mencari perhatian manusia. Sedang Allah, yang tulus menghadiahkan cinta sedang setia menunggu kita, untuk datang mengadu padaNya. Bukankah Allah Ya Maha Mendengar, Maha Melihat. Allah juga Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ketika si ibu, melihat si anak kecil yang masih mentah leka bermain diterik mentari. Si ibu memanggil anak kembali. Kasihnya seorang ibu kepada anak, risau kalau si anak demam dan sebagainya. Begitulah dengan Allah, malah sifat Allah Maha Penyayang melebihi kasih seorang ibu pada anaknya, sesekali kita terleka dengan dunia. Allah memanggil kita kembali. Maka sahutlah panggilan kasih dan cinta dari Allah. Dia masih setia menunggu kita ketika kita curang mencintaiNya.
SEBUT PADA DIRI: HARI INI SAYA MEMILIH UNTUK BERSYUKUR KERANA ALLAH BERIKAN SAYA NIKMAT IMAN DAN ISLAM, ALLAH BERIKAN SAYA KESIHATAN, ALLAH BERIKAN SAYA MAKANAN, MINUMAN, ALLAH BERIKAN SAYA NAFAS, ALLAH BERIKAN SAYA KEDUA IBU BAPA DAN KELUARGA, ALLAH BERIKAN SAYA SAHABAT2 YANG BAIK, ALLAH BERIKAN SAYA PAKAIAN, ALLAH BERIKAN SAYA KEDAMAIAN, ALLAH BERIKAN SAYA KAKI, TANGAN. ALLAH BERIKAN SAYA MATA, TELINGA DAN LAIN-LAIN LAGI. CAKAP PADA HATI, HARI INI SAYA MEMILIH UNTUK MENCARI REDHA ALLAH, BUKAN PENGHARGAAN MANUSIA.