Tuesday 28 January 2014

99 Perkara Menuju Kesempurnaan Iman



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Iman yang sempurna bukan semata-mata keyakinan kepada Allah SWT dan bagaimana membina hubungan dengan-Nya (hablun minallah), tetapi berkaitan juga dengan hubungan sesama manusia (hablun minannas).
.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin yang palingsempurna imannyaialah mereka yang mempunyai akhlakmulia, orang-orang yang terpilih antara kamu ialah mereka yang baik pergaulanserta hubungannya dengan isteri-isteri mereka.”  (Hadis Riwayat At – Tirmidzi)
.

Ciri-ciri Kesempurnaan Iman

  1. Ikhlas dalam segala amal perbuatan,
  2. Sentiasa bersyukur apabila mendapat nikmat,
  3. Tawakal apabila mempunyai rancangan,
  4. Berlakulah adil dalam segala urusan,
  5. Hargai masa, disiplin waktu dan manfaatkan waktu,
  6. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk,
  7. Membiasa melakukan solat malam,
  8. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah SWT,
  9. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah,
  10. Tutup aurat sesuai dengan syariat Islam,
  11. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid dan surau),
  12. Lakukan solat fardhu di awal waktu dan berjamaah di masjid,
  13. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar,
  14. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah berkemampuan,
  15. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat,
  16. Berlatihlah untuk banyak berfikir,
  17. Berkatalah apabila perlu sahaja,
  18. Jangan sombong, takabur dan besar kepala,
  19. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin,
  20. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita,
  21. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan,
  22. Selalu ingat mati dan sedar bahawa kehidupan di dunia adalah sementara,
  23. Jauhkan diri dari perbuatan tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang sia-sia,
  24. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan,
  25. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian,
  26. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan,
  27. Jangan menangguhkan pelaksanaan tugas dan kewajiban,
  28. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah SWT,
  29. Jangan terlampau mudah berjanji,
  30. Tunaikan janji apabila telah berjanji dan mintalah maaf apabila tidak dapat dipenuhi kerana sesuatu sebab,
  31. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar,
  32. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil,
  33. Jangan marah berlebih-lebihan,
  34. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan,
  35. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
  36. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri,
  37. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan kaya dengan memiskinkan orang lain.
  38. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan,
  39. Jangan campuri harta dengan harta yang haram,
  40. Jangan terlampau takut pada kemiskinan,
  41. Jangan tamak kepada harta,
  42. Jangan terlalu banyak hutang,
  43. Jangan hancur kerana kezaliman,
  44. Jangan goyah kerana tuduhan fitnah,
  45. Sabar apabila menghadapi kesukaran
  46. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan,
  47. Jangan putus asa dalam menghadapi kesukaran,
  48. Jangan membiarkan hati hanyut dalam kesedihan,
  49. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan,
  50. Hormatilah kepada setiap makhluk Allah SWT,
  51. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita,
  52. Hormatilah kepada guru dan ulama,
  53. Bergaullah dengan orang-orang soleh,
  54. Perbanyak dan luaskan silaturrahim,
  55. Sentiasa berselawat kepada nabi,
  56. Cintai keluarga Nabi SAW,
  57. Jangan sakiti ayah dan ibu,
  58. Jangan sakiti anak yatim,
  59. Sayangi dan bersopan terhadap fakir miskin,
  60. Jangan mengusir orang yang meminta-minta,
  61. Ringankan beban orang yang mendapat kesusahan,
  62. Beristeri/bersuami kalau sudah bersedia segala-galanya,
  63. Sediakan waktu untuk bersantai dengan keluarga,
  64. Jangan percaya kepada ramalan manusia,
  65. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran,
  66. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur,
  67. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala,
  68. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab,
  69. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah,
  70. Jangan terlampau takut kepada manusia,
  71. Jangan membiasakan berkata dusta,
  72. Jangan melukai hati orang lain,
  73. Jangan membuka aib orang lain,
  74. Hargai kejayaan dan pemberian orang,
  75. Jangan irihati dengan kekayaan orang,
  76. Jangan hasad dan dengki atas kejayaan orang,
  77. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara,
  78. Jangan habiskan masa untuk hiburan dan kesenangan,
  79. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara,
  80. Lihatlah orang yang lebih miskin dan juga orang yang lebih berjaya dari kita,
  81. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya,
  82. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan,
  83. Kenali kekurangan diri dan kenali juga kelebihan orang lain,
  84. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana,
  85. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana,
  86. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa yang nagetif,
  87. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran terganggu,
  88. Sediakan waktu untuk bersukan yang sesuai dengan syariat dan kemamapuan diri,
  89. Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang melibatkan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya,
  90. Berwaspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan,
  91. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan membawa kebaikan dan setiap kejahatan akan merosakan,
  92. Jangan benci kepada orang yang membenci kita,
  93. Jangan bermusuh, kecuali dengan iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya,
  94. Jangan berdendam dan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi,
  95. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya,
  96. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina,
  97. Berkawanlah dengan setiap orang, walaupun dengan yang tidak menyenangkan,
  98. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan,
  99. Berusahalah untuk melupakan kesalahan orang dan berusahalah untuk melupakan jasa kita.

عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Dari Anas r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda;“Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalangan kamu, sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri”.
.
Kesalahan dalam memahami hakikat kesempurnaan iman boleh mengakibatkan seseorang terperosok dalam pemikiran ‘takfir’ (mengkafirkan orang lain).

Semoga kita mempunyai 99 ciri-ciri tersebut......InsyaAllah....
Pingates

MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR



Bagaimana suasana malam pertama di alam kubur… Bagaimana kedasyatan siksaannya…? Dosa-dosa apakah yang menyebabkan siksaan kubur…? Bagaimana kdah menjemput kematian terindah…?

“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, Wahai jiwa yang tenang, Pulanglah kehadrat Tuhan mu dengan gembira dan diredhai, masuklah dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuk pula dalam syurga-Ku…”

Pada hari itu ia begitu bahagia, menikmati indahnya alam ciptaan Allah, bersama anak dan keluarga, penuh keceriaan, hidup dalam kesenangan dan kehidupan yang terjamin, tertawa melihat telatah anak-anaknya, demikian pula dia ditertawakan oleh anak-anaknya… lalu tiba-tiba ia didatangi oleh suatu malam, malam disaat dia dijemput oleh kematiannya…

Sakarat….. Sakaratul Maut….

“Dan datangnya sakaratul maut itu benar… Itulah yang kamu selalu lari dari padanya… Ditiuplah sangkakala Hari terlaksananya Ancaman… Setiap jiwa datang dengan malaikat yang jadi saksi… Sungguh kami lalai akan kenyataan ini… Maka kami singkapkan kakitanganmu, pada hari itu hingga penglihatanmu menjadi jelas” (Qaf: 19-22).

Malam itulah malam pertama ia berada dalam alam kubur… sendiri dikecam oleh kesunyian, tanpa anak dan isteri/suami juga sahabat karib… yang ada hanyalah amal… inilah malam pertama anak kita menjadi yatim, dan isteri/suami kita menjadi janda/duda… malam pertama yang menggusur dari tempat tidur yang empuk menuju dinginnya tanah berselimutkan kafan… inilah malam yang mengusir kita dari rumah mewah dan megah.. menempati liang lahad yang gelap dan sempit… kelmarin malam kita masih berpesta, makan dan minum bersama sahabat karib… tiba-tiba kita masuk pada malam pertama dimana kita menjadi santapan cacing tanah dan serangga… pada malam ini kita baru sedar.. Ternyata… HARTA, KELUARGA, PEKERJAAN yang keras kita mencarinya sampai lalai dari mengingati Allah… tidak sedikitpun daripada semua itu menemani dan membela kita…

Allah SWT berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk kedalam kubur, janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu” (At-Takatsur: 1-3)

Inilah malam episod pertama dari alam akhirat, kuburan boleh menjadi taman syurga, sebaliknya ia boleh menjadi satu lubang dari lubang-lubang neraka… inilah kematian datang dengan tiba-tiba… ia datang tepat pada waktunya… tidak lambat dan tidak cepat… meragut dengan paksa, melenyapkan segala nikmat dunia.. tidak pernah menilai kita tua atau muda, kaya atau miskin, sihat atau sakit… ia datang untuk mengeluarkan manusia dari alam kehidupan yang selama ini kita jalani.. ketahuilah rumah yang kukuh dan megah tidak akan mampu membentengi datangnya sang pencabut nyawa…

Banyaknya wang di bank tidak mampu memberi rasuah kepada Malaikat untuk undurkan waktu kematiannya… inilah realiti kematian… sudah bersiapkah kita menghadapi malam pertamanya… Bukankah Rasulullah Saw ada bersabda “ Orang yang bijak adalah yang sentiasa mengingati mati di antara kamu, dan ada bekalan setelah kematiannya..” Marilah kita siapkan bekalan untuk menjadi penyinar di alam kubur nanti… demi Allah, tiada yang sanggup menerangkannya melainkan dengan iman dan amal yang soleh..

Metode Menjemput Kematian…

“Kematian adalah nasihat terbaik dan guru kehidupan, sedikit sahaja kita lengah dari memikirkan kematian, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan”

Sesungguhnya manusia telah memilih bagaimana akhir hidupnya… dan pilihan itu ada pada bagaimana ia menjalani kehidupannya… sebagaimana ia menjalani kehidupannya seperti itulah berakhirnya kematiannya… kerana sesungguhnya dengan menjalani kehidupan bererti kita sedang menuju kepada kematian kita…

Pernahkah kita mendengar berita tentang seorang penzina mati di katil hotel diatas perut pasanganya… seorang penagih dadah mati ketika menghisapnya… dan para penjudi mati diatas meja judinya… begitu juga kita pernah mendengar ahli ibadah mati di atas tikar sejadahnya…

Alangkah malangnya, saat ajal tiba kita masih berlumur dosa berbalut nista… inilah malam pertama kita DI ALAM KUBUR… sendiri, di cekam sepi gelap yang tidak pernah terbayang… hilanglah sudah… semua gemerlapnya DUNIA… RUMAH dengan jerih payah bertahun-tahun telah kita bangunkan… ISTERI/SUAMI dan pengabdiannya begitu tulus… ANAK, yang padanya darah daging kita… ORANG TUA yang titisan kasih sayangnya.. mengalir di tubuh kita… dan PEKERJAAN, yang bermati-matian kita habiskan waktu untuknya… KERETA MEWAH yang selalu menjadi kebanggaan… tapi kini hari itu telah pergi… masa pun telah tiada… yang tersisa hanya dosa… yang terus terbayang…

TERINGAT… akan ISTERI/SUAMI yang sentiasa dinafikan hak-haknya… ANAK, yang telah kita kotori tubuhnya dari nafkah yang HARAM… ORANG TUA, yang di sisa hidupnya belum sempat dibahagiakan… SAHABAT KARIB, yang meminta bantuan kita biarkan… dan KAWAN-KAWAN, yang telah banyak kita kecewakan…

Ya ALLAH, masihkah ada hari milik-Mu untukku… agar boleh ku lunaskan segala urusan… lilitan hutang yang belum terbayar… banyaknya AMANAH dan KEPERCAYAAN yang tidak disampaikan… beribu JANJI yang sering diingkari… dan WANG RASUAH, yang telah kita nikmati dan kita bagi… namun kini, PINTU-MU… sudah tertutup rapat… bertaubat sudah terlambat, menyesali diri sudah tidak bererti… dan tinggallah sendiri menanggung beban DOSA dan KESALAHAN yang tidak terMAAFKAN… merasakan PENDERITAAN yang PANJANG yang tiada berakhir… SEKARANG, adakah dalam hati kita MATI itu sebagai PENASIHAT..??? Semoga selagi masih ada waktu…


Fasa-Fasa Alam Kubur

Kesempitan kubur, pertanyaan malaikat, azab atau nikmat kubur, ditempatkannya ruh dan kebangkitan…

Alam kubur adalah alam perantaraan kehidupan dunia dan akhirat yang dimulai setelah kematian dan berakhir selepas kebangkitan… selama masa ini, seorang yang beriman merasa bahagia… sementara orang kafir merasa sengsara… orang yang sudah mati akan dihimpit dalam kubur… siapa pun ia kafir atau muslim akan merasakan himpitan kubur… bezanya penyimpitan yang dirasakan seorang mukmin tidak berlaku selamanya, tidak seperti orang kafir yang akan berterusan himpitan kuburnya sampai hancur tulang-tulangnya…

Sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya kubur itu memiliki himpitan, seandainya ada orang yang selamat darinya, maka selamatlah Sa’ad Bin Mu’adz…” Sa’ad Bin Mu’adz akan mengalami himpitan kubur, padahal ia adalah seorang pemimpin penuh kemuliaan, kematiannya menggoncangkan ‘Arasy, dibukakan baginya pintu-pintu langit, Kasyahidannya disaksikan oleh 70 ribu malaikat…

Hadis yang diriwayatkan oleh Nasa’I dari Rasulullah SAW: “Kematiannya menggoncangkan ‘Arasy, dibukakan baginya pintu-pintu langit, pintu yang banyak, Kesyahidannya disaksikan oleh 70 ribu malaikat, maka sungguh ia mengalami himpitan kubur, kemudian Allah melapangkanya.”

Apabila Sa’ad Bin Mu’adz seorang pemimpin yang besar, hamba Alah yang soleh dan mendapatkan mati Syahid mengalami himpitan kubur… bagaimana dengan kita..? Allahuakhbar… Ya Allah Terimalah taubat-ku… selamatkanlah aku dari azab kubur…

Rasulullah SAW bersabda “Seorang manusia apabila diletakkan dia di dalam kuburnya dan sahabatnya berpaling pulang sedang ia mendengar suara sandal mereka akan datang kepadanya dua malaikat dan mendudukkannya dan bertanya… SIAPAKAH TUHAN-MU…?, SIAPAKAH NABI-MU…?, APAKAH AGAMA-MU…?... dia menjawab, ALLAH ADALAH TUHAN-KU… MUHAMMAD ADALAH NABI-KU… ISLAM ADALAH AGAMA-KU…

Terdengarlah seruan dari langit, “Benar.. Hambaku, hamparkan baginya tikar dari syurga, lalu angin dan wangi syurga datang kepadanya kemudian kubur diluaskan seluas mata memandang, seorang yang rupawan datang menemaninya, yang tiada lain itulah amal solehnya.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Baihaqi).

Benarkah kita… boleh menjawabnya…? Dari lisan yang jarang menyebut Asma-Nya… dan ibadah yang sering kita remehkan… Serta sunnah Rasul… yang kita abaikan… pada saat itu… kita hanya mampu menjawab… TIDAK… TIDAK… TIDAAAKKKKK...

Terdengarlah suara penyeru dari langit… Hambaku ini seorang pendusta… Hamparkan padanya tikar dari api neraka, bukakan baginya pintu neraka, panas dan keringnya neraka mendatanginya… Kubur disempitkan sampai pecah tulang-tulangnya… seorang berwajah buruk berpakaian buruk dan berbau busuk datang kepadanya… Yang tiada lain itulah amal buruknya…


Tragedi… Siksa Kubur

“Aisyah Ra bertanya tentang azab kubur, Rasulullah SAW menjawab: Ya, azab kubur pasti ada.” (HR. Bukhari – Dalam Kitab Al-Janaiz).

“Aisyah Ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdoa dalam solatnya, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur…” (HR. Mutafaqun Alaih).

“Ketika orang-orang yang derhaka kepada Allah tidak mampu menjawab pertanyaan malaikat, lalu ia dipukul dengan besi… hingga ia menjerit dengan teriakan yang sangat keras… didengar oleh semua makhluk Allah, kecuali Jin dan Manusia,” (HR. Bukhari dan Muslim).

Saatnya kita menyaksikan… kejadian nyata tentang siksa kubur yang berlaku di Jazirah Arab… Seorang pemuda yang dikeluarkan dari kuburnya setelah beberapa jam dia dikuburkan… Akibat mengalami azab kubur, pemuda tersebut telah berubah wajah dan jasadnya… Pemuda tersebut merupakan remaja muslim yang meninggal pada usia 18 tahun… seorang pemuda yang rosak akhlak dan agamanya… dan sering melalaikan solat… hampir tiga (3) jam pemuda tersebut dikuburkan, pihak keluarga meminta kubur tersebut digali semula untuk keperluan tertentu…

Dan apa yang terjadi selepas mayat tersebut dikeluarkan… pandangan yang sangat mengaibkan… Rambut yang hitam menjadi putih… Dari mulut dan hidung keluar darah yang masih merah pekat… seperti baru mengalami siksaan kubur yang sangat keras… seperti ada yang memukul dibahagian belakang kepalanya… dengan wajah seperti dilemas dan membeku…

Bagi seorang muslim… ini adalah pengajaran yang sangat-sangat berharga agar segera memperbaiki hidupnya… dengan bertaubat dari dosa-dosa yang telah dilakukan…

Sementara itu… sebagai pengajaran dan iktibar untuk kita…

Suara jeritan jutaan manusia di alam bumi yang lain… di sebuah lubang galian yang berada di daerah Siberia… Dr. Azzacove bersama kumpulannya telah melakukan sebuah kajian tentang pergerakan perut bumi di daerah Siberia, Rusia… kemudian mereka memasang alat pembesar suara supersensitive untuk mendengar suara pergerakan perut bumi… sebuah penemuan yang sangat mengejutkan, ketika mesin penggali sampai pada salah satu perut/kulit bumi… dari ruang/alam bumi yang lain, terdengar suara manusia berteriakan sangat keras dalam kesakitan… bahkan suara jeritan itu jumlahnya bukan seorang tetapi ribuan bahkan jutaan orang… sebagai seorang muslim kita tidak akan ragu lagi bahawa suara tersebut adalah suara manusia yang sedang disiksa di ALAM KUBUR…


Sebab-Sebab Siksa Kubur…

Ibnu Qoyyim Rahimahullah, dalam kitab Ar-Ruh menyebutkan ada beberapa dosa dan maksiat yang dapat menyebabkan kita disiksa di ALAM KUBUR, diantaranya :

1. Melalaikan Solat
2. Membaca al-Quran kemudian melupakannya
3. Tidak bersuci setelah membuang hadas kecil
4. Berkata bohong
5. Tidak membayar zakat
6. Corak kehidupan yang berlebih-lebihan
7. Memakan riba
8. Rasuah
9. Memfitnah sesama saudara muslim
10. Khianat terhadap amanah
11. Enggan menolong sesama muslim
12. Meminum arak
13. Berzina
14. Membunuh

“Wahai anak Adam… Sesungguhnya apa yang kau minta dari-Ku… dan yang kau harapkan dari-Ku… Ampunan-Ku bagimu yang meminta dan tidak bagi yang enggan…”

“Wahai anak Adam… Meskipun dosamu sepenuh petala langit… kemudian engkau meminta ampun pada-Ku… Ampunan-Ku bagimu dan tidak bagi yang enggan…”

“Wahai anak Adam… Seandainya kau datang pada–Ku dengan kesalahan seluas bumi… kemudian engkau datang kepada-Ku… dan tidak berbuat syirik pada-Ku dengan sesuatu pun… Sungguh Aku akan berikan kepadamu ampunan…”

Ya Allah… terimalah taubatku… Ya Allah… terimalah taubatku… Ya Allah… terimalah taubatku…

Alangkah bahagianya… seandainya maut menjemput kita sedang berurai air mata merasakan manisnya iman dalam sujud penghambaan… rindu akan perjumpaan dengan-Nya…

Alangkah indahnya air mata yang selalu berlinang dari munajat seorang anak soleh kepada Allah… Merindukan kemuliaan dan keselamatan bagi kedua orang tuanya… taburan doanya menjadi cahaya yang menerangi dari gelapnya ALAM KUBUR…

Doa-doanya menghantar kepulangan orang tuanya pada Allah dalam Husnul Khatimah… rintihan dan munajatnya menjadi benteng yang kukuh sebagai penghalang dari azab dan siksa kubur… Doa yang tiada terputus mengalir dari ketulusan dan keheningan hati agar orang tuanya dalam kasih sayang Allah…


Rujukan :

1. Kitab Ar-Ruh : Ibnul Qoyyim,
2. Kitab Al-Janaiz : Imam Bukhori,
3. Kitab Awwalu Lailatin Fil Qobr : Dr. Aidh Al-Qorni,
4. The Spectacle Of Death : Khwaja Muhammad Islam,
5. Grave Punishment : Al-Sunna.

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman




RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah‐celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak‐anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak‐anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba‐lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh‐sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung‐ burung di udara, ikan‐ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Sekadar buat renungan teman2, sahabat2 yg telah @ bakal mendirikan rumah tangga..

KEMATIAN


Kematian itu pastinya hidup dan tetap datang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Sampai ketikanya kita pasti akan dijemput oleh Allah bagi bertemu dengan pencipta. Ibu bapa kita adalah insan paling bernilai di dunia ini. Apabila ibu atau bapa kita sudah meninggal dunia sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat kita berikan tanda kita kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa kita?  dan sebagai tanda penghargaan kita sebagai seorang anak yang soleh atau solehah?
Hakikatnya apabila ibu atau bapa kita dipanggil Allah itulah permulaan kepada tanggungjawab kita. Inilah bukti kasih sayang kita kepada mereka yang melahirkan, membesarkan dan mendidik kita di dunia ini.
       Hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim menjelasan,"Pada suatu hari ketika baginda sedang duduk di sekeliling para sahabat, datang seorang lelaki yang bernama Usaid bin Malik bin Rabiah. Beliau adalah seorang pahlawan Islam yang sangat berani.
      Setiap kali Nabi mengadakan majlis itu, Usaid sentiasa menghadirinya. Dia merasakan segala nasihat-nasihat tentang agama dan ilmu itu penting baginya. Ketika mereka sedang asyik mendengar syarahan daripada baginda, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah. Sebaik sahaja dia masuk ke majlis itu dengan hormat dia pun bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka sudah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya sudah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia."
      Rasulullah menjawab, "Sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapaa kamu."
      Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah itu mereka terdiam seketika tetapi di wajah masing-masing terbayang kegembiraan. Lelaki yang bertanya tadi masih tidak faham akan jawapan yang diberikan oleh Rasulullah, lantas dia meminta baginda menerangkan sekali lagi.
       Rasulullah  tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda berkata, "Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara:
1. Sedekah yang ditinggalkan semasa hidup.
2. Ilmu yang dimanfaatkan dan
3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.

5 TIPS AGAR JIWA TABAH MENGHADAPI UJIAN YANG MENDATANG


1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA

Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan permainan sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi kita tidak boleh mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna. Ikhtiar yang disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Perkara apapun yang terjadi, kita patut serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Tahu agar menentukan yang terbaik buat kita. Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik bagi kita menurut pandangan kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ ala. Pengetahuan kita tentang diri kita atau tentang apapun amat terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita. Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana. 


2. REDHA

Realiti hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani. Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa, samaada kita tertekan dan tidak gembira, atau kita tidak tertekan dan gembira, ia tetap begitu jadinya. Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya. 


3. INGAT JANJI ALLAH

Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang menimpa kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah bahawa, semua fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya akan mempersulitkan dan menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah h ati, agar kita tidak menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang, tabah dan sabar. Kita harus berani menghadapi mehnah masalah ujian demi ujian. Kita tak boleh lari dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah permasalahan. Jadi, semua yang berlaku harus kita hadapi dengan baik. Kita tak boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah menyerah. Pastinya segala sesuatu itu ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan yang kita hadapi. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah dengan janji Allah Ta’ ala : “Fa innama’al usri yusran, inna ma’al usri yusran”. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Janji Allah itu pasti benar. Kerana itu, apalah guna kita menekan diri. 
 

4. PASTI ADA HIKMAH


Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi adalah dengan izin dan kehendak Allah Ta’ ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia. Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha. Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin Allah mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya. Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan. Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang kita telah lakukan. Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.


5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA

Kita wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan semua makhluk atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun, ketetapan Allah tetap akan berlaku. Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa izin Allah Ta’ala. Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah satu-satunya yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa segala sesuatu. Dialah yang mengatur segala-galanya. Maka, kita harus bermunajat dan berusaha menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan dekatilah Allah dengan membuat amalan yang disukaiNya. Pohonlah hidayah, kekuatan dan pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengharap pada makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Ingatlah firman Allah Ta’ ala yang bermaksud “ Barang siapa bertakwal kepada Allah, nescaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya akan dicukupi segala keperluannya.”(QS [65] : 2-3)
Akhir kata, aku doakan semoga dikau tabah menghadapi dugaan dan ujian hidup yang sementara ini. Jaga lah hubungan dengan Allah. Buatlah segala apa yang diperintahkanNya. Dan tinggalkanlah semua laranganNya. Semoga dikau beroleh petunjuk dan diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi hari-hari mendatang. All the best! Kepada semua pembaca , saya juga mendoakan agar anda semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Ta’ala. Semoga hidup kita aman bahagia dan ceria selalu. 

Friday 24 January 2014

KASIH SAYANG BERMULA DARI RUMAH...

DIDIKAN awal sepatutnya bermula di rumah bukannya di sekolah mahupun rumah asuhan kanak-kanak atau institusi-institusi yang lain. Pelbagai masalah akibat keruntuhan akhlak berlaku dan terpampang di muka hadapan media cetak mahupun media elektronik boleh dikatakan saban hari.


Anak-anak hari ini tampak kehausan kasih sayang gara-gara keghairahan ibu-bapa dalam mengejar keduniaan. Harta diutamakan dan tanggungjawab hakiki diabaikan.

Sesungguhnya Islam amat memperhatikan budi pekerti mulia yang dilakukan oleh orang tua-tua untuk mengajarkannya kepada anak-anak kecil dalam mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan keredhaan Allah di akhirat.

Sepatutnya anak-anak kecil mendapat bimbingan akhlak dan nilai-nilai daripada orang-orang yang berada di sekililing mereka khususnya orang yang terdekat dengan mereka iaitu ibu-bapa mereka.

Tetapi, apa yang kelihatan pada hari ini adalah disebaliknya. Anak-anak telah dihantar ke rumah asuhan dari pagi hinggalah ke malam. Apa yang mengejutkan ialah ada ibu-bapa yang menghantar anak mereka bermula seawal jam 6.00 pagi dan mengambil anak mereka semula selewat jam 10.00 malam.

Dengan anaknya yang masih berpakaian seragam sekolah, wajahnya yang lesu keletihan jelas menunjukkan anak tersebut kurang diberikan tumpuan dan kasih sayang.

Cuba imbas kembali zaman nenek moyang kita di mana pada ketika itu dengan berbekalkan keluarga yang besar, tetapi tanggungjawab sebagai ibu-bapa dalam memberi tunjuk-ajar, bimbingan agama, serta balaian kasih sayang sesekali tidak terabai. Walaupun ada di antara mereka yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, anak-anak mereka tetap menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra, dari Nabi SAW, baginda bersabda ertinya: “Muliakanlah anak-anakmu dan didiklah mereka dengan baik.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Diriwayatkan dari Jabir Ibn Samurah, ia berkata, dengan sabda Rasullulah SAW yang bermaksud: “Pendidikan seseorang kepada anaknya lebih baik baginya daripada bersedekah dengan satu sha’ makanan.”(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Kedua-dua hadis ini, jelas menunjukkan bahawa ibu-bapa wajib menjadi teladan yang baik bagi anak-anak mereka supaya nasihat serta pendidikan awal mereka dapat diterapkan dalam sanubari anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak kecil perlu dibukakan minda serta penglihatan mereka dalam menampak dan menyucikan agama Allah seterusnya mengajak mereka ke arah amal makruf nahi mungkar.

Perilaku yang baik perlulah ditanam dalam hati sanubari atau jiwa anak-anak sehingga sebati dengan kehidupan harian. Cuba kita lihat apa yang berlaku saban hari, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara hancur dalam kancah kedurjanaan.

Ramai yang lemas dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan yang bergelar Muslim. Pelbagai gejala yang tidak diingini telah berlaku. Apa yang menyedihkan kita ialah ada di kalangan mereka jauh lebih jahil jika dibandingkan dengan zaman Abu Jahal.

Dahulunya bayi perempuan ditanam hidup-hidup tetapi apa yang berlaku mutakhir ini ialah bayi tanpa mengira jantinanya dibuang di merata tempat seperti di dalam lubang tandas, tong sampah, sungai, longkang dan sebagainya. Ternyata di sini, manusia pada zaman kini lebih zalim dan jahil jika hendak dibandingkan ketika zaman jahiliyah dahulu.

Sedangkan dalam Al-Quran jelas menyatakan bahawa Allah melarang umatnya daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar seperti berzina, berjudi, meminum arak, mencuri dan membunuh. Tetapi perbuatan ini bagaikan sudah menjadi makanan harian buat generasi masa kini. Tampak sekali segala perintah Allah telah ditolak begitu sahaja.

Masih bolehkah kita gelarkan golongan ini sebagai manusia atau lebih layak digelar sebagai binatang? Sedangkan haiwan mempunyai perasaan kasih sayang akan anak-anak mereka, inikan pula dengan makhluk yang bergelar manusia. Di mana letaknya perasaan kasih sayang serta keprihatinan yang patut ada pada diri mereka?

Allah memberikan kita akal untuk berfikir secara waras dan bukannya bertindak secara membabi buta sehinggakan sanggup melakukan perkara yang terlarang di sisi agama.

Walaupun berbekalkan benih yang baik, tanpa dibaja dan disirami dengan belaian, didikan agama serta pembentukan akhlak yang betul, maka takkan sempurna kehidupan bakal pemimpin atau peneraju negara ini.

Pada pendapat saya, kasih sayang hanya diperolehi daripada ‘kami’ bukannya ‘aku’, oleh itu, setiap insan perlulah bergantung kepada ‘kami’ ataupun keluarga. Tanpa kasih sayang serta bimbingan yang betul daripada keluarga kandung sendiri, maka akan terjadilah perkara sebegini.

Anak-anak akan memberontak di kemudian hari apabila berada pada tahap kemuncak setelah merasakan diri mereka terabai.

Surah: 42. Asy Syuurah 23: “Itulah kurnia yang Allah menggembirakan hamba-hambaNya yang beriman dan mengerjakan amal soleh. Katakanlah: ‘Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan.’ Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”

Tapi, perlu diingatkan bahawa kasih sayang yang dikatakan di sini bukannya dengan memberi kemewahan atau mengikuti apa kehendak anak-anak kita. Tetapi sentuhan atau belaian yang perlu diutamakan.

Oleh itu, luangkanlah lebih masa bersama mereka dalam menjamin kesejahteraan hidup bersama. Renung-renungkanlah seketika. Jangan biarkan anak-anak kita ketandusan kasih sayang serta didikan. Jangan pula kita menyesal di kemudian hari apabila anak-anak kandungan sendiri berada di landasan yang songsang.

Luruskanlah jalan hidup mereka sementara mereka masih rebung dan mudah untuk dilenturkan lagi. Wallahualam.