PRODUK DAN PERKHIDMATAN RICH HEART RICH MIND





Kami memberi perkhidmatan bengkel dan seminar motivasi dan kesedaran kepada organisasi / pertubuhan kerajaan ataupun swasta tentang kehebatan hati dan minda. Modul ini amat sesuai untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan, majikan dan staff serta hubungan kemasyarakatan. Modul ini amat berguna kepada mereka yang merasa kehilangan keyakinan diri akibat dari tekanan dan permasalahan-permasalahan yang tidak sepi dari kehidupan. 


Modul yang kami persembahkan adalah satu revolusi dalam pendidikan hati dan juga minda yang mana peserta akan memperoleh pengalaman yang sangat berbeza melalui amali yang kami kongsikan kerana objektif kami adalah supaya mereka dapat merasai sendiri kekuatan tenaga hati mereka sendiri dan peserta mendapat solusi ataupun kaedah menangani permasalahan hidup dengan lebih berhemah.  


Kami membantu badan korporat, usahawan-usahawan,  merapatkan hubungan kekeluargaan, membentuk suasana harmoni antara majikan dan staff atau pekerja, individu yang stress, children conflicts dan pelbagai lagi masalah yang membabitkan jiwa yang tidak tenang. Bukan visual atau khayalan tapi merasai.  Marilah kita bersama-sama membina jiwa dan minda yang berkualiti. 


Sesungguhnya kehidupan itu adalah ujian. Ujian-ujian ini tidak ada hentinya sehingga ajal tiba. Isunya bukan nak melarikan diri dari diuji tetapi bagaimana kita menghadapi ujian tersebut insha allah modul RHRM boleh membantu anda




SELAYANG PANDANG MODUL RICH HEART RICH MIND

Bismillahirahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Bersyukur kita kehadrat Allah tuhan pecipta alam kerana masih terus memberi nikmat-nikmatNya yang tidak ternilai bahkan langsung tak perlu dibayar seperti udara untuk kita terus bernafas, air yang tidak berhenti mengalir untuk diminum haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang terus menghasilkan makanan untuk manusia. Lihat juga bagaimana Allah menjadikan siang dan malam tanpa gagal supaya semua makhluknya dapat menikmati kehidupan dengan teratur. Untuk apa semua ini diberi tidak lain dan tidak bukan kerana untuk mengesakannya – mengingatiNya, menyembahNya, mengagungkanNya.

Malang sungguh sebahagian dari kita hari ini tidak mengesakannya sebaliknya menggunakannya kenikmatan dunia yang diberi untuk merebut kemewahan dan kesenangan yang sementara ini sebagai matlamat kehidupan. Yang pertama, selalu kita mahu dan fikirkan adalah apa yang kita nak dapat dalam kehidupan ini contohnya mahu rumah besar, mahu memandu kereta mewah, mahu melancong keseluruh dunia, mahu berkuasa dan hendak itu dan hendak ini. Sebenarnya dalam kehidupan yang sementara selama 1.5 jam di alam dunia  ini kita adalah sebagai hamba dan khalifah dan sepatutnya berkata “ kita nak jadi siapa “ nak jadi ibubapa yang bagaimana, nak jadi pemimpin yang bagaimana, nak jadi majikan yang bagaimana, nak jadi pekerja yang bagaimana. Kalau kita fokus kepada yang pertama maka kita akan jadi terlalu individualistik dan materialistik sehingga membawa hilangnya nilai hidup. Lebih utamakan kualiti harta daripada kualiti jiwa. Tanpa kaya hati dan kaya minda pastinya kekayaan harta tak dapat dinikmati apalagi untuk disyukuri.

Ramai dari hartawan-hartawan yang kita lihat semakin bertambah kekayaan harta mereka semakin kurang pula kualiti jiwa mereka. Ada yang semakin hasad, semakin ujub, semakin rasa tak puas, makin ego dan yang paling dahsyatnya ramai juga diantara mereka yang mencari penyelesaian kehidupan dengan cara membunuh diri. Sudah terbukti kekayaan harta tidak menjamin kebahagiaan diri.

Manusia itu ada hardware dan softwarenya. Hardware itu jasad dan softwarenya itulah rohnya (hati). Sekiranya pengisian hanya dibuat kepada jasad sahaja seperti makan, minum, berpakaian, melancong, berbelanja tetapi pengisian kepada rohnya ( hati ) diabaikan atau alpa ini akan menyebabkan ketidakseimbangan kepada individu – individu itu akan merasa bosan, murung, tekanan, stress, malas, patah semangat dan boleh juga bunuh diri.
Nabi bersabda kaya sebenar adalah kaya hati (riwayat bukhari dan muslim).
Jadi apakah yang dapat memberi kebahagiaan sebenar dalam kehidupan sudah tentunya mempunyai hati dan minda yang kaya. Yang dimaksudkan hati yang kaya adalah hati yang diselimuti dengan ketenangan yang berhiaskan dengan sifat mahmudah, sifat qanaah,  hati yang cukup dan puas tentang apa yang dimiliki, tentang apa yang dihadapi dan apa yang ditempuhi.



Program RHRM adalah program “awakening”  adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan membawa peserta memahami erti sebenar hakikat insan. Kesedaran inilah yang akan menjadi pendorong kepada seseorang itu untuk terus berusaha memperbaiki diri sehingga kehujung nyawa walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan kehidupan.  Modul RHRM juga akan membawa peserta meneroka kekuatan hati dan minda yang penting untuk memastikan kehidupan seorang muslim dan muslimah yang mukmin untuk berjaya di dunia dan juga akhirat. Penyampaian akan dilakukan secara bersahaja dan penuh inspirasi dengan dibantu slaid, bahan audio visual supaya peserta merasa percaya, selesa dan tidak kekok dengan speaker. Ini adalah penting agar kandungan modul  dapat disampaikan secara total dan peserta akan lebih bersedia menerima dan menghayatinya. Modul RHRM ini disusun dengan teliti supaya peserta dapat mengikuti setiap aktiviti dan amali dengan jaya. 



P R O G R A M M E   M O D U L E S

LEVEL 1


FASA PERTAMA 

1.         PERSEDIAN KEMBARA DIRI (45MINIT)
1.1     Memahami Sihat badan fizikal
1.2     Memahami tenaga dari aspek pemakanan
1.3     Memahami Sihat Rohani
1.4     Perbezaan antara akal dan hati

FASA KEDUA

2.                       PENERANGAN TENTANG ENERGI
                                        (ELEKTROMAGNETIK)

3.                       AMALI PERTAMA (30 MINIT)
3.1     Memahami tentang TENAGA MAGNETIC
3.2     Fokus kepada tenaga hati

4.         AMALI KEDUA (30 MINIT)
4.1     Menghadirkan tenaga hati dengan berzikir (jasmani+rohani )
4.2     Menguatkan lagi tenaga magnetic yang sedia ada dalam diri.

5.         AMALI KETIGA (30 MINIT)
5.1     Memahami method heart transmission ( telco )
52.     Teori komunikasi melalui hati.

6.         AMALI KEEMPAT (30 MINIT)
6.1           Memahami method heart energy dengan kaedah penggunaan air sebagai medium.
6.2             Rumusan daripada keseluruhan program yang dijalankan.



P R O G R A M M E   M O D U L E S

 LEVEL 2

FASA KETIGA

(MEMPERKUATKAN, MENDALAMI & MEMPERKUKUHKAN TENAGA HATI)

1.         PERSEDIAN KEMBARA DIRI (45 MINIT)
1.1     Huraian lebih mendalam mengenai konsep Sihat Badan
          & Sihat Rohani
1.2   Fokus kepada tenaga electromagnetic – dari mana sumber tenaga itu datang – hubungkait dengan ROH (SOUL) – intipati kalbu
1.3      Kekuatan tenaga daripada niat- tanpa niat kita takkan berjaya               - fokus kepada niat mencari keredhaan Allah
1.4     Perbezaan antara akal dan hati ROH dengan sifat-sifat yang positif – buangkan sifat-sifat yang negative
1.5      Sucikan ROH dan juga jasmani kena seiring dan saling bekerjasama untuk mencapai ke tahap INSAN KAMIL ( Insan yang sempurna )

2.         ULANGKAJI AMALI 1 – 4
2.1     Memahami method heart energy dengan kaedah penggunaan air sebagai medium.
2.2     Rumusan daripada keseluruhan program yang dijalankan

3.         AMALI KELIMA
3.1     Menggerakkan  kertas

4.         AMALI KEENAM
4.1     Keterlebihan makanan (overload of food)

FASA KEEMPAT

5.         TEORI MENGENAI KEHEBATAN AIR (45 MINIT)
 
6.         AMALI KETUJUH (1 JAM)
6.1     Gerakan Kertas
6.2      Angkat Air

7.         TEORI TENTANG SISTEM BADAN MANUSIA

8.         RUMUSAN (KOMUNIKASI DENGAN PENCERAMAH)
8.1     Rawatan Diri




PROGRAM DI KENDALIKAN DI MALAYSIA


      PAKEJ

       Peserta akan diberi:

·        Poket Fail
·        Bahan Program
·        1x makan tengahari
·        2x makan ringan (break)
·        Sijil Kehadiran
·        Air Mineral

Minimum Peserta                       -        30 orang

Penceramah                               -        1 orang

Jangkamasa Program                            -        8 jam

Yuran                                         -        RM150.00 setiap seorang
                                               










No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.