Kadang-kadang bila sudah semakin jauh perjalanan
kehidupan, kita menjadi semakin bingung. Tidak nampak apa yang hendak
dikejar didalam hidup ini sebenarnya. Belajar,mendapat segulung
ijazah,bekerja, dapat gaji, beli kereta besar, rumah besar, berkahwin,
dapat anak..dan bla..bla…
Semakin kita meniti
kehidupan, kita semakin bingung, tidak menemui apa yang kita cari,
semakin kita memburu nilai kehidupan, kita dihadapkan dengan rasa
kecewa, buntu, gundah gulana. Semakin banyak duit, semakin kita alpa dan
lalai kerana nak menjaga harta. Untuk apa itu semua?? Apakah itu
menjamin kepuasan kepada kita sementara hidup didunia. Semua itu hanya
tuntutan nafsu, keinginan yang berlebihan itu timbul kerana jiwa kita
sakit, syaitan pula semakin meracuni pemikiran kita…
Hati
kita sakit, jiwa kita perlu dirawat..Rawatan yang tidak disediakan
dihospital kerajaan mahupun swasta. Jiwa yang sakit perlu
dirawat,dibasuh dengan memohon pertolongan pencipta jiwa kita, iaitu
Allah swt…Ya Allah Yang Maha membolak balikkan hati,tetapkanlah hati
kami didalam agamaMu dan di atas ketaatan kepadaMu…Sekali lagi, balik ke
pangkal jalan, sekali lagi..mohonlah pertolongan dan kemaafan kepada
Allah…Sehingga kita bertemu denganNya..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.